Rosberg juara dunia baru F1

Rosberg juara dunia baru F1

ABU DHABI, 27 Nov – Pemandu Jerman, Nico Rosberg kini sah menjadi juara dunia kejohanan Formula Satu buat pertama kali selepas menghabiskan perlumbaan di tempat kedua di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, sebentar tadi.

Juara bertahan Lewis Hamilton memenangi perlumbaan tersebut selepas memulakan perlumbaan dari petak pertama untuk memenangi perlumbaan GP ke-53.

Rosberg hanya 12 mata di depan rakan sepasukannya menjelang perlumbaan akhir itu dan hanya perlu menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga, meskipun perlumbaan dimenangi oleh Hamilton.

Kemenangan Rosberg diraikan pada perlumbaan itu. - AP
Kemenangan Rosberg diraikan pada perlumbaan itu. – AP

504609-01-03

Hamilton secara terang-terangan tidak menurut arahan pasukan untuk melajukan jentera di akhir perlumbaan yang menyebabkan Rosberg dihampiri Sebastian Vettel dan Max Verstappen di tempat ketiga dan keempat.

Vettel bagaimanapun tidak dapat memintas Rosberg dan menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga di depan Verstappen.

Setelah memenangi naib juara pada dua musim kebelakangan, Rosberg akhirnya mencontohi ayahnya Keke Rosberg, yang memenangi gelaran F1 pada 1982. – AP

ARTIKEL YANG SAMA