Rosberg juara GP Abu Dhabi

Rosberg juara GP Abu Dhabi

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Nov (Agensi) – Nico Rosberg melengkapkan hatrik kejayaan untuk menamatkan musim Formula Satu (F1) apabila dia memenangi Grand Prix Abu Dhabi semalam, sementara rakan sepasukannya dari Mercedes, Lewis Hamilton berada dalam kekecewaan dengan strategi yang dipercayainya menjejaskan harapannya mencatatkan kejayaan.

Rosberg memenangi dengan 8.2 saat di litar Yas Marina untuk melengkapkan penyudah satu-dua Mercedes ke-12 musim ini, yang mencatatkan rekod F1 yang baru.

Kimi Raikkonen dari Ferrari di tempat ketiga, di depan rakan sepasukannya Sebastian Vettel, yang memandu dengan menarik selepas memulakan di grid ke-15. Kejayaan Raikkonen di atas podium membolehkannya di tempat keempat dalam kejuaraan pemanduan di depan Valtteri Bottas dari Finland.

Sergio Perez dari Force India dan Nico Hulkenberg menamatkan tempat kelima dan ketujuh dalam perlumbaan semalam, dipisahkan oleh Daniel Ricciardo dari Red Bull.

Felipe Massa dari Williams berada di tempat ke lapan, Romain Grosjean di tempat kesembilan dalam perlumbaan terakhirnya bagi Lotus sebelum berpindah kepada pasukan pendatang baru 2016, dan Daniil Kvyat dari Red Bull mencatatkan tempat terakhir di kedudukan ke 10.

Nico Rosberg (tengah), Lewis Hamilton (kanan) dan Kimi Raikkonen (kiri) meraikan kejayaan mereka di atas podium di litar Yas Marina di Abu Dhabi pada 29 November 2019. – Agensi
Nico Rosberg (tengah), Lewis Hamilton (kanan) dan Kimi Raikkonen (kiri) meraikan kejayaan mereka di atas podium di litar Yas Marina di Abu Dhabi pada 29 November 2019. – Agensi

Rosberg menamatkan musim ini dengan menarik, dengan tiga kemenangan berturut-turut dan enam kedudukan teratas berturut-turut, tetapi terlalu lewat untuk menghalang Hamilton mengatasinya dalam kejuaraan pemanduan di tempat ketiga.

“Saya teruja mengenai bagaimana penamat musim ini,” kata Rosberg. “Tahun depan boleh datang esok bagi saya, saya tidak memerlukan sebarang percutian. Saya akan cuba dan mengekalkan rentak sekarang bagi tahun depan. Saya pasti pasukan akan memberikan kami kereta yang bagus sekali lagi.”

Rosberg bermula dari kedudukan teratas dan melanjutkan pendahuluannya ke atas Hamilton kepada 4.7 saat sebelum set pertama perhentian pit. Pemandu dari Jerman itu terjejas akibat tayar pada kedudukan kedua, dengan Hamilton mengurangkan defisit dari 7.1 saat — pada pusingan ke 15 dari 55 — kepada 1.3 saat apabila Rosberg berhenti untuk kali kedua pada akhir pusingan 31.

Kejayaan itu adlah untuk mendapatkan mata, dan ia dijangka Hamilton akan berhenti serta-merta dan menjadikannya perlumbaan sengit sehingga penyudah, tetapi sebaliknya pasukan memilih untuk mengeluarkannya dari litar bagi 10 pusingan lagi.

Setelah melaluinya agak lama, Hamilton meminta menerusi radio sama ada dia boleh berlumba sehingga ke akhir dengan tayar yang ada dan cuba untuk menghalang Rosberg dengan tayar baru, hanya ditegaskan oleh pasukan “Ia tidak akan berkesan.”

Dia berhenti selepas pusingan 41 tetapi sebaliknya bertukar kepada tayar yang lebih lembut bagi 14 pusingan terakhir, Hamilton dimuatkan dengan satu lagi tayar keras dan tidak berpeluang untuk menebus defisit.