Rosberg juara GP Austria

Rosberg juara GP Austria

SPIELBERG, Austria, 21 Jun (AFP) – Nico Rosberg meraikan ulang tahun ke-30 dengan kemenangan ketiga dalam empat perlumbaan petang tadi apabila menewaskan rakan sepasukan Mercedes yang juga pemimpin siri Lewis Hamilton untuk mengungguli Grand Prix Formula Satu Austria yang penuh dramatik.

Pemandu Jerman itu yang meninggalkan usia dua puluhan pada Sabtu, mengulangi kejayaan 2014 apabila menang selesa 3.8 saat di depan dan berada di landasan untuk mengurangkan jurang mata dengan dunia daripada 17 kepada 10 mata.

Selepas lapan daripada 19 perlumbaan tahun ini, Hamilton yang dikenakan dua penalti dalam perlumbaan, mendapat 169 mata dan Rosberg yang memenangi GP Austria tahun lepas mendapat 159 mata. Ia adalah kemenangan ketiga Rosberg musim ini dan ke-11 dalam kerjayanya.

Felipe Massa dari Brazil selesai di tempat ketiga, 17 saat di belakang kedua-dua pemandu Mercedes, enam per 10 daripada satu saat di hadapan juara empat kali Sebastian Vettel dari Ferrari, Valtteri Bottas dari Finland kedua dalam Williams dan Nico Hulkenberg dari Jerman yang baru menang Le Mans 24 Jam seminggu yang lalu menduduki tempat keenam untuk Force India.

Pastor Maldonado dari Venezuela selesai ketujuh untuk Lotus di depan remaja Belanda Max Verstappen dari Toro Rosso, Sergio Perez dari Mexico dalam kedua Force India dan Daniel Ricciardo dari Australia yang baru mengutip satu mata untuk Red Bull, bermula di belakang grid.

Pemain Serbia Nico Rosberg (tengah) meraikan kejayaan di podium bersama Lewis Hamilton (kiri) dan Felipe Massa selepas menjuarai GP Austria di Litar Red Bull, Spielberg petang tadi. – AFP
Pemain Serbia Nico Rosberg (tengah) meraikan kejayaan di podium bersama Lewis Hamilton (kiri) dan Felipe Massa selepas menjuarai GP Austria di Litar Red Bull, Spielberg petang tadi. – AFP

Perlumbaan bermula penuh drama ketika Rosberg memecut mendahului selekoh pertama dan pertembungan hebat hampir serta-merta berlaku antara juara dua kali Fernando Alonso dan juara 2007 Kimi Raikkonen menyebabkan perlumbaan terjejas sedikit dengan kemasukan kereta keselamatan.

Kereta Alonso tersadai di atas kereta Raikkonen tetapi kedua-dua pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Dalam sesi ujian masa semalam, penyandang juara dunia dan pendahulu kejohanan Lewis Hamilton menempah petak pertama untuk kali ke-45 dalam kariernya semalam apabila dia menewaskan Nico Rosberg dalam sesi kelayakan yang terganggu oleh hujan.

Pelumba dari Britain berusia 30 tahun itu terselamat dalam insiden keretanya berpusing di selekoh pertama semasa keluar kali terakhir untuk kekal di senarai teratas.

Rosberg yang mengekorinya kemudian tetapi terbabas dari litar di selekoh terakhir dalam usahanya untuk merebut petak pertama.