Rosberg juara GP Azerbaijan

Rosberg juara GP Azerbaijan

BAKU, 20 Jun (AFP) – Nico Rosberg meningkatkan pendahuluannya dalam kejuaraan pemanduan apabila kembali mencatatkan kemenangan selesa bagi pasukan Mercedes dalam Grand Prix Eropah semalam.

Pemandu dari Jerman itu, 30, yang menyaksikan kelebihannya dikurangkan kepada sembilan mata selepas tiga perlumbaan yang hambar, kembali dengan selesa di depan pesaing nombor dua Sebastian Vettel dari Ferrari.

Rakan sepasukannya dari Mercedes dan juara bertahan, Lewis Hamilton berada di tangga kelima selepas perlumbaan yang terjejas dengan masalah teknikal di atas litar jalan Baku yang baru ketika Azerbaijan menghoskan perlumbaan Formula Satu.

Selepas dua kemenangan berturut-turut telah meletakkannya kembali bagi gelaran keempat, Hamilton terjejas kembali kepada 24 mata di belakang Rosberg yang aksi kembalinya dalam rentak membawanya mencatatkan kejayaan ke 19 sepanjang kerjayanya.

Juara empat kali, Vettel mendapatkan kelebihan sepenuhnya kehilangan rentak bagi Red Bull dan menamatkan di depan Sergio Perez dari Force India yang mengatasi Kimi Raikkonen dalam kereta Ferrari kedua pada pusingan akhir.

Rosberg kini memintas Lewis Hamilton dalam pungutan mata pemandu F1. - AFP
Rosberg kini memintas Lewis Hamilton dalam pungutan mata pemandu F1. – AFP

Valtteri Bottas menamatkan tangga keenam bagi Williams di depan Daniel Ricciardo dari Australia dan rakan sepasukannya dari Red Bull, Max Verstappen bersama Nico Hulkenberg di tempat kesembilan bagi Force India dan Felipe Massa di tempat ke-10.

Rosberg sekarang mencatatkan 141 mata dalam perebutan gelaran dan Hamilton 117.

“Hujung minggu berjalan sempurna bagi saya, hari yang luar biasa,” kata Rosberg.

“Litar yang luar biasa,” kata Vettel. “Selekoh dengan kelajuan tinggi dan terlalu hampir dan bagi kami, satu pemulihan yang hebat dan sekarang yang mencatatkan tangga kedua berturut-turut. Kami dalam keadaan baik sekarang.”

Perez berkata: “Semalam, apabila saya melanggar dinding dalam kelayakan, saya merasa kecewa, tetapi pasukan melakukan tugasan yang hebat untuk memperbaiki kereta.

“Dan hari ini selepas bermula dari P7 ia adalah persaingan sepanjang perlumbaan. Ia adalah menarik untuk memintas Kimi pada pusingan akhir!”

ARTIKEL YANG SAMA