Rosberg juara GP Jepun

Rosberg juara GP Jepun

SUZUKA, Jepun, 9 Okt – Nico Rosberg melakarkan kemenangan di Grand Prix Jepun hari ini untuk melanjutkan pendahuluannya ke atas juara dunia, Lewis Hamilton dalam perlumban merebut gelaran Formula Satu.

Pemandu dari Jerman itu mencatatkan kemenangan pertamanya di Suzuka ketika Hamilton memenangi kedudukan ketiga selepas permulaan yang hambar, Rosberg melanjutkan pendahuluannya ke atas pesaing dari Mercedes kepada 33 mata dengan hanya berbaki empat perlumbaan musim ini.

Max Verstappen dari Red Bull menghalang cabaran dari Hamilton dalam beberapa pusingan terakhir untuk mengungguli tangga kedua selepas juga menamatkan tempat kedua di Malaysia pada hujung minggu yang lalu.

Pemandu Ferrari terdiri dari Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen menamatkan tangga keempat dan kelima selepas keduanya mengadu dalam radio mengenai penanda belakang.

Daniel Ricciardo dari Red Bull, yang mencatatkan kemenangan di Malaysia selepas enjin kereta Hamilton terbakar, berada di kedudukan keenam didepan Sergio Perez dan Nico Hlukenberg dari Force India.

Hamilton, yang gagal untuk memenangi sejak Hockenhiem pada akhir Julai, hampir bangkit untuk memenangi tempat kedua ketika dia cuba untuk mengatasi Verstappen pada pusingan akhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA