Rosberg juara Grand Prix Brazil

Rosberg juara Grand Prix Brazil

SAO PAULO, 16 Nov (dpa) – Nico Rosberg menyusuli kejayaan di Mexico dengan menghasilkan kemenangan di Grand Prix Brazil semalam.

Rosberg mampu untuk mengekalkan rakan sepasukan dari Mercedes, Lewis Hamilton di belakangnya dalam 71 pusingan di Autodrome Jose Carlos Pace di Sao Paulo bagi kemenangan berturut-turut di Brazil, kemenangan kelimanya musim ini dan ke-13 sepanjang kerjayanya.

Ia memastikan pemandu dari Jerman itu berada naib juara dalam kejohanan pemanduan Formula Satu bagi musim kedua berturut-turut di belakang Hamilton, yang memenangi gelaran dunia ketiganya pada Grand Prix AS bulan lalu.

“Ia adalah hujung minggu yang hebat bagi saya di sini, sudah tentu segalanya berhubung kait kerana apa yang berlaku di Paris,” kata Rosberg di atas podium.

Sebastian Vettel dari Ferrari di tempat ketiga untuk mengukuhkan tangga ketiga dalam kedudukan dengan Grand Pric Abu Dhabi hadir dalam tempoh dua minggu.

Aksi Nico Rosberg tatkala meraikan kejayaannya muncul juara Grand Prix F1 Brazil di Sao Paulo, Brazil, pada 15 November 2015. – Reuters
Aksi Nico Rosberg tatkala meraikan kejayaannya muncul juara Grand Prix F1 Brazil di Sao Paulo, Brazil, pada 15 November 2015. – Reuters

Hamilton melonjak dengan 363 mata, dengan Rosberg 297 dan Vettel dengan 266.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen di tempat keempat, disusuli oleh Valtteri Bottas bersama Williams, Nico Huelkenberg (Force India), Daniil Kvyat (Red Bull), Felipe Massa (Williams), Romain Grosjean (Lotus) dan Max Verstappen (Sauber). Rosberg mendahului kedudukan, mengekang cabaran dari Hamilton pada pusingan pertama apabila keduanya hampir bersentuhan, dan dari sana menguasai perlumbaan.

Hamilton hanya satu saat di belakang Rosberg sekitar 20m pusingan dari perlumbaan 71 pusingan tetapi ia adalah kesukaran pada tayar.

Pemandu dari Britain itu, 30, kembali ketinggalan tiga saat di belakang dalam perlumbaan selepas kedua-dua pelumba melakukan pit. Dia kemudian berjaya merapatkan jurang di antara satu dan dua saat tetapi tidak cukup hampir untuk melakukan pintasan.

Hamilton, tidak pernah mencatatkan kemenangan di Brazil, terjejas pada akhir perlumbaan, dan Rosberg mendapatkan bendera penamat dengan mendahului 7.756 saat.

“Ia adalah cabaran bagus dari Lewis tetapi saya berjaya mengawal pergerakan,” kata Rosberg.