Rosberg layak barisan depan kali kelima

Rosberg layak barisan depan kali kelima

SAO PAULO, 15 Nov (Reuters) – Nico Rosberg memenangi kejayaan kelimanya semalam meraih kedudukan barisan hadapan Grand Prix Brazil bersama rakan sepasukan Mercedes dan juara dunia tiga kali Formula Satu, Lewis Hamilton.

Pemandu dari Jerman itu sekali lagi menafikan Hamilton, yang memenangi kejuaraan ketiganya di Texas bulan lalu dengan berbaki tiga perlumbaan, kedudukan ke-50 sepanjang kerjayanya, kali ini dengan hanya 0.078 pada petang yang cerah di Interlagos.

“Saya hanya memikirkan mengenai perlumbaan individu. Saya berada di sini, saya mahukan kemenangan,” kata Rosberg yang memenangi dari kedudukan itu di Brazil pada musim lalu.

“‘Ia selalu lebih baik untuk menamatkan di kedudukan teratas berbanding rendah, bagi musim ini dan juga memikirkan mengenai tahun depan,” tambahnya, sambil menggambarkan pusingan terakhirnya sebagai “begitu hampir”.

Sebastian Vettel dari Ferrari layak di tempat ketiga dan akan disertai di barisan kedua oleh rakan sepasukan Kimi Raikkonen kerana pemandu Williams, Valtteri Bottas, yang mencatatkan keempat terpantas, mencatatkan penalti grid di kedudukan ketiga.

Hamilton setakat ini mencuba dan gagal kali ke lapan untuk kemenangan di Brazil, tempat kediaman idolanya ketika zaman kanak-kanak dan juara tiga kai, Ayrton Senna, dan menghadapi persaingan sengit hari ini walaupun juga peluangnya adalah bagus.

Empat dari enam pemenang lalu di Brazil bermula di tempat kedua.