Rosberg raih kedudukan terdepan

Rosberg raih kedudukan terdepan

BANDAR MEXICO, 1 Nov (Reuters) – Nico Rosberg mencatat masa terpantas buat Mercedes pada sesi latihan Grand Prix Mexico sekali gus meraih kedudukan terdepan ketika sokongan padu peminat tempatan menyambut kepulangan aksi Formula Satu ke negara itu selepas 23 tahun.

Pelumba Jerman itu yang bertarung merebut tempat kedua dalam kejuaraan itu yang sudah pun dimenangi rakan sepasukan Lewis Hamilton, melepasi litar Hermanos Rodriguez terbaik dengan catatan terbaik satu mata 21.531 saat.

“Ia seperti perlumbaan go kart tetapi lebih banyak selekoh tajam dan dua stadium ini benar-benar hebat dengan sambutan penyokong,” kata Rosberg.

Pelumba Red Bull, Daniil Kvyat dan Daniel Ricciardo masing-masing di tangga kedua dan ketiga sebelum hujan lewat tengah hari.

Pelumba Toro Rosso Max Verstappen, yang masih belum dilahirkan kali terakhir F1 diadakan di Mexico pada 1992, mengalami kemalangan pada selekoh terakhir selepas mencatat aksi terbaik pada sebelah pagi.

ARTIKEL YANG SAMA