Rosberg sambar petak pertama GP Hungary

Rosberg sambar petak pertama GP Hungary

BUDAPEST, 24 Julai – Nico Rosberg dari Mercedes akan memulakan perlumbaan dari petak pertama pada saingan Grand Prix (GP) Hungary, di sini, esok, di depan rakan sepasukan Lewis Hamilton dan Daniel Ricciardo yang mewakili Red Bull.

Sesi kelayakan sebentar tadi tergendala di akibat hujan lebat, sekali gus menyebabkan ia tertangguh selama 20 minit, selain beberapa gangguan termasuk kemalangan pemandu Williams Felipe Massa dan Marcus Ericsson (Sauber).

Rosberg merakamkan kepantasan 1 minit, 19.965s berdasarkan keputusan awal, mengatasi Hamilton, 0.143s yang hampir tidak melepasi sesi kelayakan ketiga, selain menamatkan kedudukan di tempat ke-10 pada sesi kedua.

Rosberg meraikan kemenangan selepas berjaya mendahului tangga teratas pada sesi kelayakan Formula Satu Hungary Grand Prix semalam. - AP
Rosberg meraikan kemenangan selepas berjaya mendahului tangga teratas pada sesi kelayakan Formula Satu Hungary Grand Prix semalam. – AP

Daniel Ricciardo menyambar petak ketiga, 0.172 saat di belakang Hamilton manakala Max Verstappen dari Red Bull, keempat, diikuti Sebastian Vettel dari Ferrari.

Ketika ini Rosberg mendahului senarai kedudukan pelumba dengan 168 mata, satu mata lebih dari Hamilton yang juga juara bertahan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA