Rosberg tawan GP Bahrain

Rosberg tawan GP Bahrain

MANAMA, 4 April (AFP) – Nico Rosberg mendapatkan kelebihan sepenuhnya dari kesilapan rakan sepasukannya, Mercedes, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel dari Ferrari untuk mencatatkan kemenangan dalam Grand Prix Bahrain semalam.

Dengan Vettel yang memandu menggunakan enjin Ferrari meningkatkan persaingan pada pusingan pemanasan, Rosberg menghasilkan permulaan menarik untuk mendahului sementara Hamilton, yang bermula perlahan dari kedudukan ke-51, adalah mangsa bagi pertembungan Turn One bersama Valtteri Bottas dari Williams dan jatuh di kedudukan ke lapan.

Ketika Rosberg berjaya mengawal persaingan dan memenangi kedua musim ini, kelima berturut–turut dan ke-16 sepanjang kerjayanya, Hamilton, dengan kereta yang rosak, memberikan persaingan untuk menyudahkan tangga ketiga di belakang Kimi Raikkonen dengan Ferrari, ketinggalan 10 saat dari Rosberg.

Rosberg meraikan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan dalam Grand Prix Bahrain semalam. – AFP
Rosberg meraikan kejayaan selepas mencatatkan kemenangan dalam Grand Prix Bahrain semalam. – AFP

“Ini adalah hujung minggu yang menarik bagi saya, dan ia begitu hebat untuk mencatatkan satu lagi kemenangan!’ kata Rosberg, 30, yang jelas gembira mencatatkan 17 mata pendahuluan ke atas Hamilton selepas hanya dua perlumbaan.

“Kuncinya adalah permulaan bagi saya, tambah pemandu dari Jerman itu.

“Saya mendapatkan dan kemudian, dari sana, saya hanya cuba mengawal perlumbaan.”

“Ini hanya dua perlumbaan dari 21 perlumbaan dan masih dalam laluan yang panjang.”

ARTIKEL YANG SAMA