Rosberg tetap waspada terhadap Hamilton

Rosberg tetap waspada terhadap Hamilton

SHANGHAI, 18 April (AFP) – Nico Rosberg tidak mahu bermegah meskipun selepas melanjutkan permulaan sempurna musim Formula Satu 2016 dengan kemenangan selesa di Grand Prix China.

Pemandu Jerman itu menjadi pemandu ke-10 untuk memenangi tiga perlumbaan pertama pada musim ini, sembilan pemandu sebelumnya memenangi gelaran dunia selepas melakukan perkara itu.

Rosberg dengan cepat menolak statistik itu, bagaimanapun, menuding kepada rakan sepasukannya Lewis Hamilton, yang mempunyai daya untuk memadamkan rekod itu.

“Mereka tidak mempunyai Lewis Hamilton sebagai rakan sepasukan, kesembilan pelumba itu,” Rosberg memberitahu para pemberita selepas menjarakkan pendahuluannya terhadap Hamilton kepada 36 mata.

Nico Rosberg tetap berwaspada dengan rakan sepasukannya yang mampu mengugat kedudukannya. - AP
Nico Rosberg tetap berwaspada dengan rakan sepasukannya yang mampu mengugat kedudukannya. – AP

“Masih banyak lagi perlumbaan yang perlu dilalui dalam musim perlumbaan terpanjang ini, sebanyak 18 lagi perlu dilalui. Untuk memenangi tiga perlumbaan awal sesuatu yang hebat, namun saya tidak menjangkakannya untuk menjadi sebegitu,” dia menambah dengan perlumbaan seterusnya di Rusia pada 1 Mei sudah menjadi satu kepentingan.

“Ia adalah baik untuk menang, itulah kenapa saya berlumba. Namun Lewis Hamilton adalah rakan sepasukan saya, juara dunia dua kali, sukar untuk ditewaskan pada dua tiga musim sebelumnya. Lewis tidak akan mudah mengalah.”

Rosberg juga menjadi hanya pemandu keenam untuk memenangi enam perlumbaan berturut-turut, menyertai Sebastian Vettel (sembilan), Alberto Ascari (tujuh) dan Michael Schumacher (enam), selepas memenangi tiga perlumbaan terakhir musim lepas.

ARTIKEL YANG SAMA