Rose cipta sejarah Olimpik

Rose cipta sejarah Olimpik

RIO DE JANEIRO, 12 Ogos – Justin Rose dari Britain menghasilkan pukulan hole-in-one dalam sejarah Olimpik semalam ketika golf menamatkan ketiadaan sukan itu selama 112 tahun dengan beberapa pukulan menarik, pendahulu yang tidak dijangka dan beberapa pemain ranking tinggi juga beraksi.

Marcus Fraser dari Australia, menjadi satu-satunya peserta Olimpik selepas pemain senegara rangking keempat berkurangan, membuat pukulan lapan bawah par 63 bagi pendahulu ke atas juara Terbuka British, Henrik Stenson dari Sweden dan Graham DeLaet dari Kanada.

Rose, juara Terbuka 2013 juga berada di ranking ke-12, membuat pukulan pada par tiga lubang keempat 188 ela ke dalam lubang bagi ace pertama dalam sejarah Olimpik pada hari yang berangin di padang yang bergaya.

Fraser, ranking ke-90, mencatatkan birdie lima pada enam lubang pertama dan empat lagi dengan sembilan selepas merasakan gentar pada awal pertandingan.

pg23_160813_olympic logo

Justin Rose memegang bola beliau selepas mengeluarkannya dari lubang ke-18 pada pusingan pertama acara golf lelaki di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP
Justin Rose memegang bola beliau selepas mengeluarkannya dari lubang ke-18 pada pusingan pertama acara golf lelaki di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP

Rose, 36, pemain Inggeris rangking ke-12 dunia, berkongsi tempat keempat bersama Gregory Bourdy dari Perancis, Alex Cejka dari Jerman, Rafael Cabrera Bello dari Sepanyol dan Thomas Pieters dari Belgium. Rose memenangi gelaran ke 19 sepanjang kerjayanya baru–baru ini pada Oktober lalu di Hong Kong.

Beberapa nama–nama besar terjejas. Pemain ranking ke lapan, Rickie Fowler mencatatkan 75 bersama Bubba Watson dari AS, juara Master dua kali rangking keenam dengan 73 dan pesaing ranking ke-14 mereka Petrick Reed dengan 72.

Fraser memenangi tiga gelaran Jelajah Eropah, terbaru pada Februari lalu di Malaysia, dan beraksi dalam 12 pertandingan utama, terbaiknya berkongsi tempat ke-20 pada Terbuka British pada tahun lepas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA