Rosetta mendarat cemas di komet

Rosetta mendarat cemas di komet

DARMSTADT, Jerman, 30 Sept – Pesawat angkasa lepas peneroka Europah, Rosetta, sedang menuju kepada pendaratan kecemasan hari ini di komet yang telah diselidikinya selama dua tahun, penamatan pengembaraan dramatik selama 12 tahun untuk mengenal pasti asal usul Sistem Suria kita.

Maklumat yang dihantar oleh pengawal-pengawal darat, Rosetta telah membuat interaksi bersama pengumpulan sains dalam perjalanan 19 kilometer menuju komet.

Pesawat itu diprogram untuk menamatkan pencarian bersejarahnya pada kira-kira pukul 1040GMT hari ini, menyertai pendarat komet itu ialah robot Philae bagi perjalanan yang tidak berpenghujung sekitar matahari.

Dengan komet aktif mengelilingi angkasa lepas pada kelajuan lebih 14 kilometer sesaat, Rosetta diprogram untuk membuat ‘impak terkawal’ pada kepantasan manusia berjalan, kira-kira 90 sentimeter sesaat.

Para ahli sains menjangka ia akan melantun dan bergolek-golek sebelum mendarat – tetapi nasib sebenar pesawat itu tidak akan diketahui apabila ia diarah untuk dimatikan semasa impak tersebut. Rosetta tidak pernah direka untuk mendarat.

Gambaran yang disediakan di laman web Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) kelmarin menunjukkan pesawat angkasa lepas Rosetta. - AP
Gambaran yang disediakan di laman web Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) kelmarin menunjukkan pesawat angkasa lepas Rosetta. – AP

Pengesahan tentang penamatan misi itu dijangka berada di Darmstadt sekitar pukul 1120GMT apabila isyarat Rosetta, yang mengambil masa 40 minit untuk diterima, hilang dari skrin komputer pengawalan daratan.

Tetapi sebelum itu, ia dijangka untuk memuat naik data berharga ketika mengesan komet yang mempunyai gas, diukur suhu dan gravitinya, serta mengambil gambar-gambar dari jarak lebih dekat dari sebelumnya.

Satu lagi sorotan pada waktu-waktu terakhir adalah peluang untuk melihat dengan teliti lubang-lubang misteri yang muncul landskap bayangan rupa dalaman komet. Rosetta dan penyiasat tanah Philae telah membuat perjalanan lebih enam bilion kilometer bagi tempoh 10 tahun untuk sampai ke Komet, versi singkatnya 67P pada Ogos 2014. – AFP