Rosicky kecewa

Rosicky kecewa

LONDON, 2 Feb – Arsene Wenger berkata pemain tengah, Tomas Rosicky kecewa dengan kecederaan terbaharu dialaminya yang bakal menyebabkan dia tersisih lebih sebulan.

Rosicky mengalami kecederaan paha tidak lama selepas memasuki perlawanan daripada bangku simpanan pada penampilan pertamanya musim ini pada pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu yang menyaksikan Arsenal menewaskan Burnley.

Kecederaan lutut menyebabkan pemain Republik Czech berumur 36 tahun itu dipinggirkan sebelum itu dan dengan kontraknya bakal berakhir pada musim ini, dia bimbang bakal bermain perlawanan terakhirnya bersama pasukan yang terkenal dengan jolokan The Gunners itu.

Rosicky yang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund pada 2006, dihantui kecederaan sejak itu dan hanya bermula dalam 158 perlawanan di sepanjang 10 tahun berada di Stadium Emirates.

“Dia kecewa dan tidak percaya,” kata Wenger. “Tiada siapa faham (bagaimana dia boleh cedera).

Arsene Wenger mendedahkan kecederaan Tomas Rosicky (gambar) mengakibatkannya terlepas daripada mengikuti perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea. - Reuters
Arsene Wenger mendedahkan kecederaan Tomas Rosicky (gambar) mengakibatkannya terlepas daripada mengikuti perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea. – Reuters

“Dia hanya beritahu selepas tiga minit dia cedera. Saya melihat kepadanya dan berfikir ‘Thomas anda tidak berlari dengan betul’ kerana dia tidak mengangkat kakinya dan kehilangan bola, namun saya kagum kerana dia berada di tahap terbaik secara teknikalnya.

“Malah dia berkata ‘saya mahu kekal bermain kerana anda tidak boleh menukar pemain lagi’.

“ Imbasan bakal dibuat bagi memastikan sejauh mana kecederaan baharu pemain itu dan Wenger berharap Rosicky bakal kembali untuk minggu terakhir musim ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA