Rossi bermula petak belakang di GP Valencia

Rossi bermula petak belakang di GP Valencia

SEPANG, 25 Okt (Bernama) – Pendahulu kejuaraan MotoGP Dunia, Valentino Rossi yang mewakili Movistar Yamaha MotoGP akan bermula dari petak belakang pada perlumbaan terakhr musim ini di Valencia.

Race Direction (pegawai perlumbaan) mengambil keputusan itu selepas mendapati pelumba Itali berkenaan bersalah kerana menyebabkan pencabarnya dari Sepanyol, Marc Marquez terjatuh sewaktu Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hari ini.

Sementara itu, MotoGP dalam laman Twitter rasminya berkata Race Direction mengenakan penalti tiga mata terhadap Rossi yang turut menyaksikan dia akan memulakan GP Valencia dari petak belakang.

Media juga dimaklumkan pasukan Rossi sedang merayu terhadap keputusan itu.

ARTIKEL YANG SAMA