Rossi buktikan siapa otai

Rossi buktikan siapa otai

JEREZ, Sepanyol, 25 April – Jaguh lumba motosikal MotoGP Valentino Rossi menikmati salah satu kemenangan yang memuaskan dalam kerjaya luar biasanya dengan menewaskan pencabar-pencabar Sepanyolnya dengan aksi dominan di litar tempat asal mereka, semalam.

Penunggang Yamaha, 37, menerajui kesemua pusingan menjelang memenangi perlumbaan ke-113, dan ke-87 dalam kelas utama. Dia telah memulakan dari posisi depan dan juga mencatat masa terpantas.

Rakan sepasukan dan juara bertahan Jorge Lorenzo, yang memintas Rossi seketika pada pusingan kedua hanya mampu menghabiskan perlumbaan di tempat kedua bagi kemenangan podium MotoGP ke-100.

Peneraju kejohanan dari Sepanyol Marc Marquez, yang bertelagah dengan Rossi pada penghujung musim lepas apabila penunggang Itali itu menuduhnya membantu Lorenzo, berada di tempat ketiga bagi pasukan Honda.

Selepas empat daripada 18 perlumbaan musim ini, dan pertama di Eropah, Marquez kini mengumpul 82 mata dan Lorenzo 65.

Valentino Rossi (tengah) yang menjadi juara kejohanan Moto GP Sepanyol bergambar bersama Jorge Lorenzo di tempat kedua dan Marc Marquez yang berada di tempat ketiga. - AFP
Valentino Rossi (tengah) yang menjadi juara kejohanan Moto GP Sepanyol bergambar bersama Jorge Lorenzo di tempat kedua dan Marc Marquez yang berada di tempat ketiga. – AFP

Rossi, yang memenangi perlumbaan pertamanya 20 tahun lepas dalam kelas 125cc pada 1996, di tempat ketiga dengan 58 mata.

“Ini hujung minggu yang sempurna,” ujar Rossi, yang akan mempunyai rakan sepasukan baru musim depan di mana Lorenzo akan berpindah menyertai Ducati, selepas menamatkan di belakang 2.3 saat.

“Prestasi motosikal pada perlumbaan itu begitu hebat…Saya mempunyai rentak yang baik, permulaan yang baik, Saya berasa baik dengan motosikal itu dari awal. Ia satu rasa yang istimewa, memenangi seperti ini.

Rossi tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak GP Britain pada Ogos lepas di litar Silverstone.

Lorenzo berasa dia boleh memenanginya namun atas sebab masalah-masalah tayar memaksanya lebih berhati-hati. – Agensi