Rossi idam gelaran MotoGP Jerman

Rossi idam gelaran MotoGP Jerman

SACHSENRING, Jerman, 15 Julai – Legenda MotoGP, Valentino Rossi tiba di sini bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman pada hujung minggu ini dengan bertekad untuk memperbaiki peluang merangkul kejuaraan keseluruhan selepas terjatuh di Litar Assen, sebelum ini.

Penunggang Itali itu memburu gelaran ke-10 dan ketujuh dalam MotoGP, tersentak ketika di GP Belanda apabila bintang Yamaha berumur 37 tahun itu terjatuh ketika berlumba dalam cuaca hujan.

Penunggang itu turut mengalami masalah motosikal di Mugello yang menyebabkan Rossi mengekori pendahulu, Marc Marquez dalam kedudukan keseluruhan dengan 42 mata, sambil jurang 18 mata terpisah dari juara bertahan dan rakan pasukan, Jorge Lorenzo.

Rossi penunggang terakhir bukan Honda yang memenangi di Sachsensring pada 2009, menyedari kegagalan meraih mata pada hujung minggu ini boleh meranapkan peluangnya untuk meraih kejuaraan MotoGP pertama dalam tempoh tahun ketujuh.

Reaksi Rossi sebelum sesi latihan pertama Moto GP Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring semalam di Hohenstein-Ernstthal. – AFP
Reaksi Rossi sebelum sesi latihan pertama Moto GP Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring semalam di Hohenstein-Ernstthal. – AFP

“Saya terlalu ingin kembali ke litar,” kata Rossi yang memenangi gelaran pertama pada 1997 apabila Marquez baru berusia empat tahun.

“Di Assen, kami bekerja keras sepanjang hujung minggu dan kami sangat pantas, dalam cuaca basah dan kering, tetapi kami tidak bernasib baik dalam perlumbaan itu.

“Di Litar Sachsenring, kami perlu bekerja keras seperti yang kami lakukan sepanjang hujung minggu bagi musim ini.

“Kami pantas dan saya selesa dengan YZR-M1 dan dengan tayar Michelin. Saya sukakan litar di sini dan saya akan melakukan yang terbaik pada Ahad ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA