Rossi juara MotoGP Belanda

Rossi juara MotoGP Belanda

ASSEN, Belanda, 28 Jun (AFP) – Valentino Rossi memperkukuhkan kedudukan kejuaraan dunia beliau hari ini apabila mengenepikan cabaran Marc Marquez untuk memenangi MotoGP Belanda di Assen semalam.

Pelumba Itali yang menunggang jentera Yamaha itu bermula di petak depan dan mendahului hampir keseluruhan perlumbaan biarpun juara dunia Marquez berjaya memotong beliau ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan sebelum tamat.

Rossi kembali merampas pendahuluan dan menafikan cubaan lawan di selekoh terakhir oleh pelumba Sepanyol yang menunggang jentera Honda untuk memastikan kemenangan ketiga musim ini dan ke-111 dalam karier beliau.

Pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo yang juga pesaing utama Rossi musim ini, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Rossi bermula di petak utama selepas merekod masa terpantas sesi kelayakan, hari ini.

Pemandu Yamaha Valentino Rossi (tengah) meraikan kemenangan di podium selepas mengungguli MotoGP Belanda bersama rakannya Jorge Lorenzo dan pemandu Honda Marc Marquez yang mendapat tempat ketiga semalam. – Reuters
Pemandu Yamaha Valentino Rossi (tengah) meraikan kemenangan di podium selepas mengungguli MotoGP Belanda bersama rakannya Jorge Lorenzo dan pemandu Honda Marc Marquez yang mendapat tempat ketiga semalam. – Reuters

Legenda Itali itu yang menunggang jentera Yamaha mengetepikan dua jaguh Sepanyol, Aleix Espargaro (Suzuki) dan Marc Marquez (Honda) yang akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga.

Ia petak pertama Rosso yang kali terakhir memulakan perlumbaan di petak utama pada perlumbaan GP Valencia, tahun lalu.

Rossi yang juga juara dunia sembilan kali termasuk tujuh kali di kelas perdana MotoGP sudah memenangi perlumbaan di litar legenda TT Assen sebanyak enam kali.

Rossi, 36, berjaya menyamai rekod legenda Itali Giacomo Agostini selepas menjuarai GP Belanda semalam.

ARTIKEL YANG SAMA