Rossi, Marquez kekal pencabar utama

Rossi, Marquez kekal pencabar utama

PARIS, 14 Mac (AFP) – Valentino Rossi dan Marc Marquez memperbaharui permusuhan mereka dalam kejohanan motosikal dunia 2016 yang akan memulakan aksinya di Qatar pada Ahad ini.

Juara dunia sebanyak sembilan kali, Rossi sedang dalam pemburuan gelaran ke-10 pada musim lalu apabila tewas kepada pemandu Honda, Marquez di perlumbaan penting di Malaysia.

Beliau kemudian dipaksa untuk menentukan gelaran di GP terakhir di Valencia, perlumbaan yang menyaksikan rakan sepasukan Yamaha, Jorge Lorenzo untuk memenangi kejohanan dengan mendahului hanya lima mata.

Rossi menamatkan saingan di tempat keempat tetapi menuduh Marquez dengan sengaja menolong rakan senegara dari Sepanyol, Lorenzo untuk menamatkan perlumbaan dengan bertindak sebagai pengawal.

“Saya membenarkan diri sendiri ditipu Marquez. Dia membelot kepada saya. Dia berkata dia seorang peminat tetapi semuanya adalah penipuan,” kata Rossi pada sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-21 dirinya bergelar pemandu profesional.

“Ia akan jadi hipokrit jika saya katakan perkara itu sudah selesai dan bersalaman dengannya, kerana ia adalah tidak benar.