Rossi terlepas aksi temu Jerman

Rossi terlepas aksi temu Jerman

MARSEILLE, 30 Jun (AFP) – Pemain midfield Daniele De Rossi yang mengalami kecederaan pasti tidak akan beraksi dalam pertembungan suku akhir Euro 2016 bagi pasukan Itali menentang juara dunia Jerman Sabtu ini, kata kakitangan perubatan Azzurri.

De Rossi adalah tonggak utama pasukan Antonio Conte ketika mereka mengetepikan ramalan perlawanan untuk mengungguli Kumpulan E yang menewaskan juara bertahan Sepanyol Isnin lalu.

De Rossi mengalami “kecederaan paha kanan” dalam kemenangan 2-0 ke atas Sepanyol. Doktor pasukan Enrico Castellacci berkata midfield Roma itu tidak mungkin pulih tepat pada masanya bagi pertembungan di Bordeaux Sabtu ini.

“Keadaannya terlalu serius,” kata Castellacci. “Kami mencuba segala-galanya untuk memastikannya kembali cergas tepat pada masanya. Tetapi kami tidak akan memberikan sebarang ramalan.”

Reaksi De Rossi bersaing dengan pemain Sepanyol, Aritz Aduriz pada pusingan 16 terakhir di Stade de France, 27 Jun lalu. – AP
Reaksi De Rossi bersaing dengan pemain Sepanyol, Aritz Aduriz pada pusingan 16 terakhir di Stade de France, 27 Jun lalu. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Kekalahan adalah tamparan buat Itali ketika mereka berusaha untuk menyelamatkan tempat separuh akhir pertama Euro mereka sejak 2000. Kedudukan mereka tidak dibantu dengan ketiadaan pemain saya dari Laxio, Antonio Candreva.

Candreva, salah seorang daripada pemain utama Itali dalam kemenangan pembukaan ke atas Belgium, mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan kedua mereka semasa kemenangan 1-0 ke atas Sweden.

Castellacci berkata, pemain itu “bekerja keras” untuk cergas. “Dia ada perkembangan tetapi tidak cukup untuk kembali ke dalam pasukan. “Dia semakin baik tetapi belum lagi sembuh.”

ARTIKEL YANG SAMA