Rostov ikat PSV 2-2

Rostov ikat PSV 2-2

ROSTOV-ON-DON, Rusia, 29 Sept – Dalam fasa pertama Liga Juara-Juara mereka di tempat sendiri, kelab Rusia Rostov dua kali ditambat semula dalam aksi separuh masa pertama apabila PSV Eindhoven meraih keputusan seri 2-2, awal pagi tadi.

Dmitri Poloz meletakkan Rostov di depan dua kali pada minit kelapan dan ke-37 apabila bermain dengan PSV, yang mana mereka sendiri membuat penampilan ke-100 dalam Liga Juara-Juara menyamakan kedudukan melalui Davy Propper pada minit ke-14 dan kemudian jaringan Luuk De Jong pada minit ke-45.

Proepper boleh sahaja memberikan kemenangan kepada pasukannya pada minit ke-57 namun penjaga gawang Rostov Soslan Dzhanaev menyelamatkan sepakan penaltinya selepas Cesar Navas dijatuhkan de Jong di kawasan tersebut.

Kedua-dua pasukan ini tewas pada perlawanan pertama mereka, dengan Rostov dibelasah 5-0 di Bayern Munich sementara PSV tewas 1-0 ke atas Atletico Madrid di laman sendiri.

Pada asalnya kawasan kilang mesin pertanian, Rostov kekal bermain di stadium sederhana mereka yang memuatkan 15,000 penyokong.

Pasukan Rostov meraikan jaringan mereka dalam perlawanan tersebut. – AFP
Pasukan Rostov meraikan jaringan mereka dalam perlawanan tersebut. – AFP

Naib juara di Rusia musim lepas, Rostov bagaimanapun kelihatan begitu mengagumkan pada awal musim apabila menewaskan musuh Belanda PSV, Ajax 4-1 dalam play-off bagi kemenangan agregat 5-2.

Polov menjaringkan gol pertama di tempat sendiri dalam kejohanan itu, selepas menerima hantaran kemas dari Aleksandr Erokhin pada minit kelapan.

Proepper menjaringkan gol penyamaan enam minit kemudian apabila melencongkan bola yang membuat Dzahanaev merebahkan badan ke arah bertentangan.

Namun selepas kerja kemas di udara daripada penyerang Iran 21 tahun, Sardar Azmoun, Poloz meledak gol kedua buat Rostov pada minit ke-37 dengan voli cantik dari tepi kawasan penalti.

Tandukan jarak dekat de Jong selepas bola melantun dari tiang gol kemudian menyamakan kedudukan menjadi 2-2 beberapa saat sebelum tamat separuh masa.

PSV, pemenang Piala Eropah 1988 mungkin gembira dengan satu mata, namun belum pernah memenangi perjalanan mereka di Liga Juara-Juara sejak menewaskan CSKA Moscow di Rusia dalam 2007/08. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA