Rostov layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara

Rostov layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara

PARIS, 25 Ogos – Rostov melayakkan diri bagi peringkat kumpulan Liga Juara-juara dengan kemenangan tersohor ke atas bekas juara Eropah Belanda, AJax hari ini.

Rostov dengan selesa menang 4-1 di hadapan orang ramai yang terlalu seronok di stadium Olimp-2 untuk memenangi pusingan play-off terikat seri agregret 5-2 , dengan pemain penyerang Sardar Azmoun, Alexander Erokhin, pemain tengah Ekuador Christian Noboa dan Dmitry Poloz menjaringkan gol. Dave Kalassen menjaringkan satu gol untuk Ajax dengan penalti akhir.

Kemenangan Rostov muncul selepas mereka menumpaskan sebuah lagi nama tersohor lama Eropah, pasukan Belgium , Anderlecht, dalam pusingan kelayakan ketiga dan memastikan mereka melangkah ke undian peringkat kumpulan esok.

Sebelum musim ini, satu-satunya pengalaman awal perlawanan Eropah mereka ialah kekalahan kepada Trabzonspor dari Turki dalam play-off Liga Eropa dua tahun lalu.

Mereka memenangi tempat kedua dengan CSKA Moscow menduduki tempat pertama dalam Liga Perdana Rusia musim lalu di bawah bimbingan Kurban Berdyev, tetapi harapan mereka menumpaskan Ajax tidak tercapai apabila bekas jurulatih, Rubin Kazan meletak jawatan awal bulan ini.

Bagaimanapun, bekas pemain Dmitri Kirichenko dilantik sebagai penjaga dan menyelia perlawanan di Amesterdam dalam pusingan pertama minggu lalu yang berkeputusan seri 1-1 sebelum Rostov meraih kemenangan.

Azmoun menanduk setelah menerima hantaran dari kanan dari Erokhin dalam separuh masa pertama dan dua gol dalam 15 minit pertama separuh masa kedua memusnahkan seri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA