Rouseff hadapi cabaran sebelum jadi presiden

Rouseff hadapi cabaran sebelum jadi presiden

BRASILIA, 25 Ogos – Dilma Rousseff bertahan menghadapi penyeksaan sebagai gerila yang menentang kepimpinan diktator tentera Brazil sebelum menjadi presiden, tetapi beliau berdepan perbicaraan pendakwaan hari ini.

‘Iron Lady’ Brazil berusia 68 tahun ini dituduh pengendalian akaun haram yang mana kerajaan beliau mengambil pinjaman yang tidak dibenarkan untuk menutupi kelemahan belanjawan ketika pertandingan pilihan raya semulanya dalam tahun 2014.

Rousseff menyifatkan pendakwaan itu ‘rampasan kuasa’. Selepas Senat mengundi pada Mei untuk mengadakan perbicaraan pendakwaan, beliau berjanji akan menentang berhabis-habisan.”

“Saya telah mengharungi situasi sukar dalam hidup saya, termasuklah serangan yang mengakibatkan fizikal saya terbatas,” ujarnya. – AFP