Rouseff tidak langgar undang-undang

Rouseff tidak langgar undang-undang

BRASILIA, 28 Ogos – Bekas menteri ekonomi memberi keterangan pada perbicaraan presiden Brazil yang digantung Dilma Roussef semalam, bahawa beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang yang menjustifikasi pendakwaan, tatkala perbicaraan beliau mencapai klimaks pada minggu depan.

Roussef, 68, dituduh mengambil pinjaman kerajaan yang menyalahi undang-undang untuk membantu menyambung kekurangan belanjawan dan menyembunyi keadaan sebenar ekonomi ketika kempen pemilihan semula pada 2014.

Bekas gerila Marxis, yang dipenjara dan diseksa di bawah pemerintahan diktator tentera Brazil pada 1970, berkata dakwaan adalah diperbesar-besarkan dan bersamaan dengan rampasan kuasa berhaluan kanan.

Bekas menteri ekonomi Nelson Barbosa dan profesor undang-undang Universiti Negeri Rio Ricardo Lodi menjadi saksi pembelaan terakhir untuk memberi keterangan bahawa Roussef tidak melanggar undang-undang atau menjejas ekonomi, yang dibelenggu kemelesetan sekarang.

Mesyuarat senat semasa hari ketiga perbicaraan mengenai penggantungan Presiden Dilma Rousseff di Brasilia semalam. Roussef tidak melanggar mana-mana undang-undang yang menjustifikasi pendakwaan, tatkala perbicaraan beliau mencapai klimaks pada minggu depan. – AFP
Mesyuarat senat semasa hari ketiga perbicaraan mengenai penggantungan Presiden Dilma Rousseff di Brasilia semalam. Roussef tidak melanggar mana-mana undang-undang yang menjustifikasi pendakwaan, tatkala perbicaraan beliau mencapai klimaks pada minggu depan. – AFP

“Tidak ada apa-apa yang menyalahi undang-undang,” kata Barbosa. “Anda tidak boleh bertindak secara retroaktif dengan tafsiran baru undang-undang.”

Hujah-hujah yang sama disampaikan pada Februari oleh kumpulan saksi Roussef pertama yang berkata tindakan belanjawan sedemikian telah lama menjadi amalan dan kemerosotan ekonomi Brazil adalah tidak berkaitan.

Penuduh beliau membentangkan kes mereka pada hari pembukaan perbicaraan pada Khamis, berkata Roussef tidak bertanggungjawab dan membantu menghancurkan Brazil yang menikmati keadaan ekonomi melambung pada satu ketika dulu. – AP