Rousey perlu rehat 6 bulan

Rousey perlu rehat 6 bulan

LOS ANGELES, 8 Dis – Bekas juara dunia UFC Ronda Rousey telah mendedahkan bahawa ia memerlukan enam bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya ketika tewas knockout di tangan Holly Holm bulan lepas.

Rousey memberitahu pada edisi akan datang majalah ESPN dia telah mengalami kecederaan pada giginya pada kekalahan teruk kepada Holm yang menghalangnya untuk kembali ke Octagon selepas beberapa bulan.

“Ia mungkin mengambil masa tiga ke enam bulan sebelum saya boleh makan epal, inikan pula menerima impak,” Rousey berkata secara ringkas ketika satu temu bual yang dikeluarkan kelmarin.

Kekalahan Rousey kepada Holm di Melbourne adalah salah satu kejutan terbesar dalam sejarah UFC.

Ronda Rousey terpaksa berehat selama 6 bulan akibat kecederaan yang dialaminya ketika menentang Holly Holm. - Reuters
Ronda Rousey terpaksa berehat selama 6 bulan akibat kecederaan yang dialaminya ketika menentang Holly Holm. – Reuters

Kedua-dua pesaing menunjukkan keyakinan untuk pertarungan semula apabila Rousey pulih dan memenuhi beberapa komitmen yang tergantung termasuk pembikinan semula filem Hollywood 1980 ‘Road House.’

Sementara itu, Rousey, 28, menegaskan walaupun kecewa atas kekalahan itu, dia bercadang untuk kembali untuk mendapatkan semula takhtanya ketika dia masih berada dalam keadaan fizikal puncaknya. “Mungkin saya tidak boleh melakukan semua sebelum fizikal terbaik saya, sebelum badan saya tidak mampu,” Rousey berkata. “Tetapi… mungkin saya boleh.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA