Rousseff akan didakwa

Rousseff akan didakwa

BRASILIA, 18 April (AFP) – Penggubal undang–undang Brazil membenarkan prosiding pendakwaan ke atas Presiden Dilma Rousseff dalam kedudukan yang bising yang membawa negara terbesar Amerika Latin itu ke dalam kancah politik dan mencetuskan dakwaan bahawa demokrasi berada di bawah ancaman.

Timbalan–timbalan pembangkang dalam Kongres dewan rendah memerlukan 342 dari 513 undian, atau secara majoriti dua pertiga, untuk membawa Rousseff ke Senat, yang sekarang memutuskan sama ada untuk memulakan perbicaraan. Mereka berada di sana hampir tengah malam semalam selepas lima jam mengadakan undian.

Sorakan liar dan konfeti meletus dari pembangkang pada undian ke 342, yang berdepan dengan ejekan dari sekutu Rousseff dalam gambaran radikal dan kedinginan yang melanda Brazil hanya empat bulan sebelum Rio de Janeiro menjadi tuan rumah Olimpik.

Ketua kaki tangan presiden, Jacques Wagner mendakwa timbalan–timbalan yang mengundi bagi pendakwaan tanpa membuktikan Rousseff, yang didakwa secara tidak sah memanipulasi bajet, telah melakukan jenayah yang serius.

Penggubal undang-undang Brazil meraikan selepas mereka mencapai undi yang diperlukan untuk memberi kuasa dalam pemecatan Presiden Dilma Rousseff, pada Kongres di Brasilia Ahad lalu. – AFP
Penggubal undang-undang Brazil meraikan selepas mereka mencapai undi yang diperlukan untuk memberi kuasa dalam pemecatan Presiden Dilma Rousseff, pada Kongres di Brasilia Ahad lalu. – AFP

Peguam Rousseff, Jose Eduardo Cardozo berkata bahawa pemimpin berhaluan kiri itu yang dipenjarakan dan diseksa di bawah pemerintahan tentera, akan memberikan reaksi umum pertamanya pada hari ini.

Dijangka akan berlaku reaksi gembira dari pasaran–pasaran kewangan yang membuat pertaruhan terhadap penyingkiran Rousseff dan kemunculan lebih banyak kerajaan yang mesra perniagaan untuk memulakan ekonomi Brazil yang terjejas.

Di luar Kongres, di mana berpuluh ribu orang sedang menyaksikan skrin TV gergasi, pemisahan yang disokong dengan skala besar-besaran, dengan penyokong pembangkang berpesta dan pengikut setia Rousseff berada dalam keadaan tertekan.

Beberapa ribu polis berdiri dan kem pesaing dipisahkan dengan dinding besi. Seperti yang dijangka ramai, Senat akan mendakwa presiden berhaluan kiri, Naib Presdiden Michel Temer – yang membiarkan Rousseff untuk menjadi pesaing utama – akan mendapatkan kuasa.