Rousseff berikrar pertahan perjuangannya

Rousseff berikrar pertahan perjuangannya

BRASILIA, 19 April (AFP) – Presiden Brazil Dilma Rousseff semalam berikrar akan melancarkan perjuangan ‘panjang’ ke atas pendakwaan ketika Kongres semakin hampir untuk membicarakannya dalam krisis politik semakin teruk.

Pemimpin berhaluan kiri berusia 68 tahun itu dalam suasana bertarung dalam respons terbuka pertamanya sejak dewan rendah Kongres dalam bilangan ramai mengundi Ahad lalu untuk membawa kesnya ke Senat.

“Saya bersemangat, kuat dan berani.Saya tidak akan ditumpaskan, saya tidak akan lumpuh.Saya akan terus berjuang dan saya akan berjuang seperti yang pernah saya lakukan dalam hidup saya,” kata beliau. “Ini bukan permulaan pengakhiran.Perjuangan telah bermula.Perjuangan ini akan sangat panjang dan tidak dapat dilupakan,” kata Rousseff semasa sidang media yang disiarkan langsung di televisyen.