Rousseff dilucutkan jawatan presiden

Rousseff dilucutkan jawatan presiden

BRASILIA, 1 Sept – Dilma Rousseff dilucutkan jawatan sebagai presiden negara itu menerusi undi semalam dan digantikan oleh pencabarnya, Michel Temer dengan matlamat untuk meletakkan ekonomi terbesar di Amerika Latin berkenaan di atas landasan sebenar.

Rousseff, 68, didapati bersalah menerusi 61 undi dalam kalangan 81 senator atas dakwaan memanupulasi bajet negara. Undi berkenaan yang melebihi majoriti dua pertiga, bermakna pemimpin veteran berhaluan kiri itu dilucutkan jawatan serta merta.

Tiga jam kemudian, Temer – bekas naib presiden dan pernah menjadi rakan penting dalam menubuhkan kerajaan campuran yang Rousseff kini mendakwa menjadi dalang terhadap pelucutan jawatannya – mengangkat sumpah.

Dilma Rousseff semasa berada di kediaman rasmi presiden, Alvorada Palace di Brasilia, Brazil, Rabu lalu. – AP
Dilma Rousseff semasa berada di kediaman rasmi presiden, Alvorada Palace di Brasilia, Brazil, Rabu lalu. – AP

Sorakan dan laungan kekecewaan kedengaran di, Dewan Senat apabila keputusan pemecatan itu terpapar pada skrin pengundian elektronik. Temer, 75, menandakan hari pertama beliau sebagai presiden dengan terbang lewat semalam ke China bagi sidang kemuncak G20.

Tamer yang meneranui parti PMDB, elah berikrar untuk mengemudi Brazil jauh dari pemerintahan Parti Pekerja selama 13 tahun itu dengan harapan bahawa prestasi yang lebih baik muncul dan mesra pasaran akan menyelesaikan kemelesetan ekonomi yang paling teruk dialami oleh negara itu dalam beberapa dekad. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA