Rovansil tawar bufet Ramadan

Rovansil tawar bufet Ramadan

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Ramadan semakin hampir ke penghujungnya namun bufet Ramadan masih lagi ditawarkan di restoran-restoran termasuklah Restoran Rovansil & Caterer yang menghidangkan pelbagai makanan menyelerakan di restoran itu di Tingkat 1, Citis Square, Berakas.

Antara hidangan yang ditampilkan ialah Salted Egg Prawn, Manggo Fish Fillet, Japanese Tofu dengan Ayam Cincang, Stewed Beef, Hot and Spicy Chicken dan banyak lagi.

Selain hidangan bufet, ia juga menawarkan hidangan ala carte kebanggaan restoran itu seperti Salted Egg Crab, Crab Au Gratin, Grilled Salmon Belly with Rice, Surf and Tur, Mini Pavlova, Lava Cake Coklat, Salted Caramel dan Green Tea, dan beberapa minuman ‘signature’ seperti Avocado Shake, Ginger Up, Chocolate Shake dan pelbagai lagi.

Antara menu pilihan yang terdapat di Restoran Rovansil, Citi Square.
Antara menu pilihan yang terdapat di Restoran Rovansil, Citi Square.

pg10_160627_e

pg10_160627_f

Restoran itu dibuka pada jam 11 pagi hingga 11 malam turut memberikan diskaun kepada pelanggan yang memesan menu ala carte bagi pemilik kad ganjaran Rovansil, kad DST dan kad BIBD dengan diskaun 10 peratus.

Manakala selepas 9 malam, ia memberikan diskaun 20 peratus bagi pesanan makanan ala carte.