Royal Bees pa...

Royal Bees pamer kecekalan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menyertai rombongan Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam (Royal Bees) yang kini berada di Singapura bagi siri perlawanan pendedahan di sana.

Pada perlawanan pertama baru-baru ini di Sekolah Perempuan Methodist, pasukan negara berhadapan Pasukan Sneakers, yang menyaksikan pasukan negara diberikan tentangan hebat dan akhirnya tewas dengan mata 42-56.

Mengulas mengenai perlawanan itu, jurulatih pasukan negara, Thilaka Jinadasa menegaskan bahawa pasukan negara tidak jauh ketinggalan malah memberikan tentangan hebat bermula pada suku kedua dan ketiga perlawanan.

Manakala dalam perlawanan kedua menentang Pasukan Nike Marlins di Arena OCBC pula, pasukan negara menunjukkan permainan yang meyakinkan dan akhirnya berjaya memenangi perlawanan dengan mata 51–35.

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah bergambar bersama Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam selepas perlawanan menentang Nike Marlins. – Gambar BNA
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah bergambar bersama Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam selepas perlawanan menentang Nike Marlins. – Gambar BNA

Menurutnya, meskipun pasukan negara tewas kepada Sneakers, namun pengalaman daripada perlawanan itu diambil positif dan menjadi antara pemangkin kepada kemenangan menentang pasukan Nike Marlins.

Beliau menambah: “Saya berharap keadaan ini akan diperbaiki dalam perlawanan Jumaat ini apabila berhadapan dengan Pasukan Politeknik Republik.

“Secara umumnya pendedahan ini adalah pengalaman yang baik untuk semua pemain dan saya nampak keagresifan dan sikap positif semua pemain serta saya yakin mereka boleh meningkatkan lagi,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA