Royal Dutch Shell peruntuk $1b untuk penjimatan

Royal Dutch Shell peruntuk $1b untuk penjimatan

LONDON, 7 Jun – Syarikat minyak Royal Dutch Shell hari ini menambah jumlah yang dijangka diperoleh dalam penjimatan kos sebanyak AS$1 bilion daripada pengambilalihan Kumpulan BG di Britain.

Kumpulan Britain-Belanda itu berkata ia menjangka penjimatan sebanyak $4.5 bilion dalam masa dua tahun.

“Kami mengumumkan satu pertambahan dalam sinergi yang berkaitan dengan perjanjian, daripada AS$3.5 bilion yang diperuntukkan dalam prospektus, kepada AS$4.5 bilion sebelum cukai pada 2018, satu pertambahan sebanyak 30 peratus,” kata Shell dalam satu kenyataan.

Syarikat itu baru-baru ini menamatkan satu pengambilalihan berjumlah 47 bilion pound dalam Kumpulan BG, dalam satu perjanjian yang bertujuan memperkukuh kedudukan Shel dalam pasaran gas asli cair. Memandangkan pengambilalihan serta harga minyak yang rendah, Shell akan membuang sekurang-kurangnya 12,500 pekerja dalam tempoh dua tahun sehingga akhir 2016.

“Dengan mengehadkan perbelanjaan modal kami dalam tempoh sehingga 2020, pelaburan dalam projek menarik, pengurangan kos dan penjualan kedudukan tidak penting, kami boleh membentuk semula Shell kepada syarikat dengan lebih baik.” kata ketua eksekutif Shell, Ben van Beurden dalam kenyataan hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA