Royal Insignia anjur Majlis Sungkai Pusat Ehsan

Royal Insignia anjur Majlis Sungkai Pusat Ehsan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Royal Insignia kelmarin telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong.

Majlis berbuka puasa itu telah didahului dengan ucapan ringkas daripada wakil Royal Insignia, Dayang Norhaliza binti Maidin yang menjelaskan bahawa majlis iftar atau berbuka puasa berkenaan merupakan antara aktiviti Royal Insignia dalam sama-sama memeriahkan lagi suasana berbuka puasa di pusat berkenaan.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sagu hati berupa makanan dan sumbangan derma kewangan daripada Royal Insignia kepada warga Pusat Ehsan.

Menurut Royal Insignia, mereka sangat-sangat berbesar hati kerana dapat mengadakan majlis berkebajikan itu untuk kanak-kanak istimewa di Pusat Ehsan dan berharap akan dapat meneruskan lagi usaha tersebut pada tahun hadapan demi kepentingan Pusat Ehsan.

Dayang Norhaliza menyampaikan sumbangan derma dan hadiah sagu hati berupa makanan.
Dayang Norhaliza menyampaikan sumbangan derma dan hadiah sagu hati berupa makanan.

ARTIKEL YANG SAMA