Royal Rainmakers redakan kemarau Thailand

Royal Rainmakers redakan kemarau Thailand

BANGKOK, 28 Mac (AFP) – Apabila kemarau melanda, Thailand beralih kepada Royal Rainmakers – pasukan di udara yang melakukan pembenihan awan di negara beraja itu.

Negara itu kini dilanda kemarau paling teruk dalam beberapa dekad, dengan 22 dari 76 wilayahnya terjejas.

Dengan itu operasi pembuatan hujan oleh Jabatan Royal RainMakers Thailand menghantar kapal terbangnya untuk cuba memujuk awan supaya menghasilkan hujan.

“Langkah pertama ialah pembenihan awan dengan menyembur serbuk garam,” menurut Wiraphon Sudchada, seorang ahli sains yang menjadi sebahagian pasukan itu.

“Kemudian kami mencampur klorida kalsium dan oksida kalsium dan menyemburnya ke dalam awan yang membawa kelembapan untuk menjadikannya lebih besar,” tambahnya.

Gambar diambil pada 25 Mac menunjukkan dua buah pesawat Cessna 208 Caravan dari Jabatan Royal Rainmaker Thailand menjatuhkan bahan berasaskan sodium klorida di atas awan di Nakhon Sawan dalam usaha menghasilkan hujan. – AFP
Gambar diambil pada 25 Mac menunjukkan dua buah pesawat Cessna 208 Caravan dari Jabatan Royal Rainmaker Thailand menjatuhkan bahan berasaskan sodium klorida di atas awan di Nakhon Sawan dalam usaha menghasilkan hujan. – AFP

“Kami juga menyembur ais di bawah awan supaya hujan akan turun lebih cepat.”

Kemarau pada masa ini merupakan yang paling teruk melanda utara Thailand, yang menimbulkan kebimbangan tentang kekurangan air kerana air dalam empangan pada tahap paling rendah.

Hujan tahun lalu turun lewat dan jarang sekali dan para petani yang terdesak berharap langit akan terbuka dan muncul ketibaan musim monsun pada bulan Jun.

Pembuatan hujan mempunyai sejarah cerita di Thailand. Orang ramai memuji raja sekarang mereka yang begitu disanjung, Raja Bhumibol Adulyadej dengan membawa kembali projek pembuatan hujan dalam lewat 1960an.