RPK juara merintis peringkat ABDB

RPK juara merintis peringkat ABDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Dengan mengumpul mata sebanyak 2,555, pasukan merintis Rejimen Pasukan Khas (RPK) muncul juara dalam Perlawanan Merintis Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan di Hutan Simpan Berakas, hari ini.

Manakala itu, naib johan disandang oleh pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan 2,440 mata dan pasukan Kementerian Pertahanan menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 2,320 mata.

Bagi Kategori Perseorangan pula, Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shahnonnizam bin Sulaiman memenangi kategori 40 Tahun ke Atas, Sarjan Marzan bin Sinjan memenangi Kategori 35-39 tahun, Koperal Awang Mohd Ardey Affizulnor Yusra bin Arbi bagi kategori 30-34 Tahun dan Kapten Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman bagi Kategori 29 Tahun ke Bawah.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah selaku tetamu kehormat majlis.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bergambar ramai bersama anggota ABDB yang terlibat dalam perlawanan merintis.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bergambar ramai bersama anggota ABDB yang terlibat dalam perlawanan merintis.

Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah unit, komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), para pengarah, pegawai kanan dan anggota ABDB.

Menurut kenyataan Kementerian, perlawanan merintis ini adalah untuk menguji kemahiran membaca peta dan dalam masa yang sama menguji kecergasan mental serta ketahanan jasmani anggota.

Dalam perlawanan ini, para peserta diberikan masa yang terhad untuk mencari ‘check points’ yang telah ditetapkan.

Pasukan yang ikut serta adalah TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), RPK dan Kementerian Pertahanan.

ARTIKEL YANG SAMA