RPN Bukit Beruang dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di sekitar rumah kembar di RPN Bukit Beruang terjejas akibat banjir, petang kelmarin.

TUTONG, 13 Jan – Kawasan Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang petang kelmarin telah dilanda banjir kilat apabila air melimpah dari bukit selepas hujan lebat.

Salah seorang penduduk yang tinggal di sekitar perumahan rumah kembar, Awang Mohd Fadzillah bin Maisali menjelaskan kejadian banjir ini pernah berlaku sebelum ini.

“Apa yang dikhuatirkan, air yang turun dari bukit tersebut menyebabkan air di dalam longkang-longkang perumahan melimpah dan air tersebut boleh masuk ke ‘main hole’ dan keluar melalui ‘drain hole’ iaitu dalam rumah terutama di tandas dan di dapur,” katanya. (Klik di sini untuk berita lanjut)