RPN Kampung Panchor adakan pemilihan AJK MPK

RPN Kampung Panchor adakan pemilihan AJK MPK

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) majlis perundingan kampung (MPK) pada 29 Mei ini di Taman Riadah RPN Kampung Panchor, Mengkubau, Mukim Mentiri bermula pukul 8 pagi.

Sehubungan itu, penduduk kampung dialu-alukan untuk hadir bagi membuat pencalonan bagi jawatan pengerusi (pengerusi kampung atas jawatan), timbalan pengerusi, setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari.

ARTIKEL YANG SAMA