RPN Kg Meragang pupuk semangat kejiranan

RPN Kg Meragang pupuk semangat kejiranan

Oleh Oleh Dayang Mudirah

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sempena sambutan bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba, kawasan kejiranan Simpang 183-5, RPN Kampung Meragang baru-baru ini telah mengadakan acara tahunan iaitu Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah yang merupakan tahun ketiga bertempat di rumah Pengiran Chuchu bin Pengiran Haji Masohor, baru-baru ini.

Seramai lebih 85 jemputan telah menghadiri majlis tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diiringi dengan membaca tahlil dan doa arwah yang telah disampaikan oleh Awang Muhammad Abdul Salam.

Ia adalah salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi kemesraan sesama jiran-tetangga dan para jemputan yang hadir.

Majlis diteruskan lagi dengan menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh jiran-jiran sendiri dengan bergotong-royong.

Gambar ramai jiran-jiran yang hadir pada majlis tersebut.
Gambar ramai jiran-jiran yang hadir pada majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA