RPN Panaga menguasai sukan Karnival anjuran Bukit Sawat

RPN Panaga menguasai sukan Karnival anjuran Bukit Sawat

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

KUALA BELAIT, I Jun – Pasukan RPN Panaga berjaya memperoleh kemenangan untuk pasukannya melalui acara sukan di Karnival anjuran Bukit Sawat yang diadakan di kampung Sungai Mahu pada hari Ahad lalu.

RPN Panaga menunjukkan kebolehan mereka di bidang sukan menguasai hampir kesemua acara yang dipertandingkan.

Antara sukan yang dimenangi oleh RPN Panaga ialah acara Futsal, Bola Tampar, dan Tarik Kalat.

Sementara itu, RPN Panaga juga berjaya meraih tempat kedua di acara Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton.

RPN Panaga FC mendapat tempat kedua di acara Netball.
RPN Panaga FC mendapat tempat kedua di acara Netball.
Juara futsal RPN Panaga FC Sempena Anjuran Karnival Bukit Sawat.
Juara futsal RPN Panaga FC Sempena Anjuran Karnival Bukit Sawat.

ARTIKEL YANG SAMA