RTB anjur Jerayawara Penyiaran Digital

RTB anjur Jerayawara Penyiaran Digital

Oleh Sim Y. H.

 

TEMBURONG, 26 Jan – Dengan hasrat untuk memberikan penerangan dan kefahaman kepada orang ramai mengenai siaran digital, Radio Televisyen Brunei (RTB) meneruskan lagi Jerayawara Badudun ke Penyiaran Digital yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Rataie, Mukim Bokok, Temburong, hari ini.

Hadir semasa jerayawara tersebut ialah Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

Turut hadir ialah para pegawai kanan kerajaan, penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, para guru dan penuntut sekolah serta penduduk di daerah berkenaan.

Taklimat jerayawara tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Kemajuan) RTB, Pengiran Haji Mahari bin Pengiran Haji Abdul Rajak dan juga Jurutera Pengawas RTB, Awang Mohamad Shamsul bin Haji Sanif, diikuti dengan sesi soal jawab yang dibukakan kepada mereka yang hadir.

Pengiran Haji Mahari ketika menyampaikan taklimat semasa jerayawara berkenaan.
Pengiran Haji Mahari ketika menyampaikan taklimat semasa jerayawara berkenaan.
Haji Muhammad Suffian (dua dari kiri) semasa menghadiri jerayawara tersebut.
Haji Muhammad Suffian (dua dari kiri) semasa menghadiri jerayawara tersebut.
Orang ramai ketika meninjau pameran Bahagian Kejuruteraan, TV dan Radio semasa jerayawara tersebut.
Orang ramai ketika meninjau pameran Bahagian Kejuruteraan, TV dan Radio semasa jerayawara tersebut.

Selain sesi taklimat, RTB turut mengadakan kegiatan sampingan termasuk mengadakan galeri pameran Bahagian Kejuruteraan, TV dan Radio.

Di samping itu, jerayawara turut dimeriahkan dengan jualan produk-produk daripada penduduk Mukim Bokok dan juga persembahan bermukun serta kuiz mengenai siaran digital.

Jerayawara tersebut diadakan bertujuan bagi membuat pendekatan secara bersemuka kepada orang ramai mengenai perkhidmatan-perkhidmatan RTB dan memberikan peluang kepada majlis perundingan kampung (MPK) untuk mempromosikan serta memasarkan produk masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA