Ruben wira baru Chelsea

Ruben wira baru Chelsea

LONDON, 11 Jan (Reuters) – Ia adalah gol pertama Ruben Loftus Cheek bersama skuad senior Chelsea ketika membantu pasukan itu menewaskan Scunthorpe 2-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.

Namun, apa yang menariknya potensi yang dimiliki pemain itu menyalakan harapan kepada Chelsea untuk memiliki pemain daripada akademi pertama mereka selepas John Terry yang berjaya diserap masuk ke pasukan utama.

Pengendali sementara Chelsea, Guus Hiddink, percaya Loftus Cheek mampu merealisasikan cita-cita itu dengan beberapa pemain lagi yang membarisi skuad yang memenangi Piala FA Remaja untuk dua musim lalu serta juara Liga Remaja UEFA 2014, mampu mengikut jejak langkahnya.

Ruben Loftus Cheek meraikan golnya bersama Branislav Ivanovic. - Reuters
Ruben Loftus Cheek meraikan golnya bersama Branislav Ivanovic. – Reuters

Meskipun menyertai Chelsea sejak usia lapan tahun, namun apabila diserap masuk ke pasukan utama, dia seakan-akan ketinggalan apabila tidak diberi peluang bermain oleh bekas jurulatih, Jose Mourinho, tetapi kedatangan Hiddink seakan memberi harapan baharu kepada pemain muda England itu.

“Ruben dimasukkan selaku pemain gantian dan bukan sahaja dia menjaringkan gol yang cantik, tetapi persediaan dia untuk bermain dan dia tahu apa yang perlu dilakukan saat dia dimasukkan.

“Normal untuk memiliki pemain muda yang ramai kerana Chelsea memiliki akademi mereka sendiri sebagai pelaburan, jadi mereka perlu diberikan peluang untuk berkembang. Itu objektif kelab ini.”

ARTIKEL YANG SAMA