Rugby: Brazil menang tipis

Rugby: Brazil menang tipis

WASHINGTON, 28 Feb (AFP) – Moises Duque menjaringkan gol kemenangan sepakan penalti pada antara perlawanan akhir semalam untuk memberikan Brazil kejayaan 24-23 bagi mengecewakan AS dalam Americas Rugby Championship.

Pasukan tuan rumah Brazil yang belum mencatatkan kemenangan mengejutkan pasukan pendahulu Eagles dalam kejayaan Epic bagi pasukan dari Amerika Selatan dan meletakkan kekalahan bagi skuad AS.

Hasil keputusan itu membuka ruang bagi pemenang Kanada hari ini pada perlawanan Argentina untuk merampas pendahuluan persaingan satu pusingan dengan hanya seminggu lagi perlawanan.Keputusan lain semalam menyaksikan pasukan Uruguay mengekang Chile 23-20.

Brazil berada di depan menerusi sepakan penalti dari Duque pada minit ketiga dan keenam dan try dari Daniel Sancery dan Lucas Duque meletakkan tuan rumah di depan 18-0.Sepakan penalti dari James Bird pada minit ke-31 dan try dari Joe Taufetee enam minit kemudian membolehkan AS mendahului 18-8 pada separuh masa pertama.

Try yang disudahkan Aladdin Schrimer pada minit ke-46 membolehkan AS menghampiri kedudukan tetapi Brazil melebarkan margin kepada 21 –13 menerusi sepakan penalti Lucas Duque.

Niku Kruger mengembalikan Eagles hanya dengan satu mata menerusi try pada minit ke-63 dan memberikan pasukan AS satu–satunya pendahulu menerusi sepakan penalti, tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA