Rugi $15,000 akibat kebakaran

Rugi $15,000 akibat kebakaran

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 21 Dis – Sebuah keluarga kerugian $15,000 apabila salah sebuah bilik di rumah mereka di Kampung Sungai Tali Lumut, di sini, mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran, malam tadi.

Menurut pihak bomba, kebakaran berpunca dari kotak transformer pada TV 40 inci di dalam bilik berkenaan.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian di rumah Haji Abdul Razak bin Ismail di mana beliau tinggal bersama tujuh orang ahli keluarga itu diterima sekitar jam 8:30 malam.

pg06_151222_mahkamah logo2

Tiga buah jentera berserta 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Liang yang diketuai oleh DSO Awang Erang Anak Japang telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba mereka mendapati asap tebal dilihat keluar dari jendela tingkat atas rumah berkenaan. Api berjaya dipadamkan dalam masa 10 minit.

ARTIKEL YANG SAMA