Rumah agam te...

Rumah agam termahal di AS bernilai AS$250 juta

LOS ANGELES – Dalam kawasan kejiranan Bel Air yang eksklusif di Los Angeles, terletaknya sebuah monumen yang baru yang memaparkan kemewahan iaitu sebuah rumah-mega bernilai AS$250 juta yang kini telah menjadi rumah yang paling mahal yang disenaraikan di Amerika Syarikat.

Sebuah banglo yang mempunyai empat tingkat, berukuran 38,000 kaki persegi, dilengkapi dengan tujuh anggota kakitangan, koleksi kereta bernilai AS$30 juta dan sebuah kolam renang yang luas, lengkap dengan kolam renang minuman, pemandangan bandar 270 darjah dan sebuah televisyen luar gergasi bersaiz 20 kaki.

Ia mempunyai 12 bilik tidur suite, 21 bilik mandi, lima bar, tiga dapur gourmet, sebuah spa, sebuah pawagam 40 kerusi, dan lorong permainan boling.

Bangunan ini dibina pada spekulasi atau tanpa pembeli dalam fikiran minda. Dan hanya 3,000 orang di dunia ini mampu untuk membelinya, kata Bruce Makowsky, pemaju dan pemilik rumah yang membuat kekayaannya sebagai pereka beg tangan.

The Associated Press baru-baru ini menemu bual Makowsky dalam rumah agam itu. Berikut adalah apa yang dia katakan tentang mengapa beliau membinanya dan membelanjakan sebanyak AS$250 juta untuk sebuah rumah agam itu.

Kolam renang 85 kaki yang luas di rumah mewah tersebut. – AP
Kolam renang 85 kaki yang luas di rumah mewah tersebut. – AP
Balkoni di bilik tidur utama. – AP
Balkoni di bilik tidur utama. – AP
Pemaju Bruce Makowsky menaiki tangga keluli buatan tangan bersebalahan arca kamera besar Leica yang berada dalam rumah mewah itu. – AP
Pemaju Bruce Makowsky menaiki tangga keluli buatan tangan bersebalahan arca kamera besar Leica yang berada dalam rumah mewah itu. – AP
Ruang istirehat yang dihiasi dengan gambar-gambar selebriti. – AP
Ruang istirehat yang dihiasi dengan gambar-gambar selebriti. – AP

S: Mengapa anda membina rumah ini?

J: “Selepas berada di kapal layar mega merentasi dunia dan berada di pesawat persendirian yang indah, ianya tidak masuk akal buat saya untuk membelanjakan AS$350 juta pada sebuah bot, AS$100 juta pada sebuah kapal terbang dan mereka tinggal di rumah yang bernilai AS$20 juta dan AS$30 juta… rumah-rumah tidak disimpan sebagai mainan mereka. Jadi perasaan saya ialah jika anda akan menghabiskan lebih 12 jam sehari di rumah, maka anda harus membina pengalaman yang paling menakjubkan di dunia. “

S: Apakah rasanya berada di dalam rumah ini?

J:. “Saya akan berkata ia adalah satu keajaiban kelapan du-nia. Saya telah menerima beberapa pengunjung yang datang ke sini dan berkata ia berada dalam tujuh teratas – salah satu daripada yang tujuh itu boleh berlalu pergi… Setiap inci di rumah ini adalah menakjubkan. Ia adalah satu deria perasaan yang bergejolak. Saya telah menunjukkan rumah ini kira-kira 25 kali buat pada masa ini. Setiap ruang yang ada di rumah ini membuat anda merasa seperti di dalam syurga. “

Sebuah helikopter berada di atas bumbung rumah mewah tersebut. – AP
Sebuah helikopter berada di atas bumbung rumah mewah tersebut. – AP
Dinding dispenser gula-gula berada di ruang tamu rumah mewah tersebut. – AP
Dinding dispenser gula-gula berada di ruang tamu rumah mewah tersebut. – AP
Tempat bermain boling empat lorong di rumah agam tersebut. – AP
Tempat bermain boling empat lorong di rumah agam tersebut. – AP
Kereta klasik bernilai lebih AS$30 juta berada dalam kawasan garaj rumah mewah yang bernilai AS$250 juta di Los Angeles. – AP
Kereta klasik bernilai lebih AS$30 juta berada dalam kawasan garaj rumah mewah yang bernilai AS$250 juta di Los Angeles. – AP
Ruang makan luar bersebelahan dengan kolam renang yang luas menghadap pemandangan Los Angeles di kawasan Bel-Air di Los Angeles. – AP
Ruang makan luar bersebelahan dengan kolam renang yang luas menghadap pemandangan Los Angeles di kawasan Bel-Air di Los Angeles. – AP

S: Bagaimana anda mencapai AS$250 juta untuk penyenaraian harga?

J:. “Ini kerana kenapa ia bernilai AS$250 juta adalah kerana semua kerja-kerja dilakukan selama empat tahun dengan menampung 300 orang di dalamnya, dan susunan seni di dalamnya. Kami mempunyai kereta dengan nilai lebih daripada AS$30 juta, kereta sport yang eksotik dan juga kereta vintaj… Kami juga mempunyai pemandangan 270 darjah dari gunung diliputi salji sepanjang perjalanan ke LA. Tujuh orang kakitangan sepenuh masa juga termasuk dalam harga rumah tersebut, yang juga mengundang kegilaan. Oleh itu, jika anda mahu chef terbaik di dunia, anda dapat memiliki beliau, dan jika anda mahu tukang urut, kita juga telah menyediakannya… kami mempunyai ciri-ciri air yang boleh berfungsi sepenuhnya di sekitar rumah. Kami mempunyai batu dari 50 kuari yang berbeza dari seluruh dunia, batu-batu permata yang paling cantik dan indah menghiasi rumah… Saya benar-benar percaya terhadap nilai ini. “

S: Mengapa seseorang menghabiskan begitu banyak wang kepada rumah, walaupun dengan semua kemudahan-kemudahan ini?

J: “Ia adalah suatu perkara di mana saya tidak boleh menjualnya. Seseorang perlu jatuh cinta dengannya dan mati dengannya. Dan apabila seseorang itu mempunyai AS$2 bilion, AS$5 bilion atau AS$20 bilion dalam bank dan ia hanyalah nombor, adakah mereka benar-benar mahu menikmati setiap saat hidup mereka? – kerana ini bukan satu latihan atau cubaan, ini adalah kehidupan sebenar – atau adakah mereka hanya mahu melihat jumlah nombor di bank sahaja?” – AP

ARTIKEL YANG SAMA