Rumah di Kampong Ayer roboh

Rumah di Kampong Ayer roboh

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Sebuah rumah kayu di Kampung Burong Pingai Ayer roboh keseluruhannya sekitar jam 12 tengah hari, hari ini, di sini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak mereka menerima laporan kecemasan sekitar pukul 12:19 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian.

Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun bersama tiga orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh ABK 143 Kelali bin Haji Munchit.

Sejurus tiba di tempat kejadian, rumah milik Awang Rosli bin Haji Awang telah pun roboh keseluruhannya ke dalam air.

Rumah kepunyaan Awang Rosli itu dihuni bersama 13 orang ahli keluarganya.

Walau bagaimanapun, tiada korban jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA