Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Rumah dua tingkat musnah dijilat api

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Seunit rumah teres dua tingkat di Kampung Jangsak ranap dijilat api dalam satu kejadian kebakaran kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang dan mengerahkan dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Beribi dan Balai Bomba Bandar Seri Begawan ke tempat kejadian itu bersama dengan sembilan anggotanya diketuai Timbalan pegawai Balai Haji Ahmad bin Haji Tengah untuk mengawal kebakaran.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, setiba mereka di tempat kejadian, rumah berkenaan sudah musnah keseluruhannya dan api berjaya dikawal dalam masa lima minit.

Keadaan rumah dua tingkat di Jangsak yang musnah dalam kebakaran.
Keadaan rumah dua tingkat di Jangsak yang musnah dalam kebakaran.

Setelah siasatan dijalankan, kebakaran berkenaan berpunca daripada kebocoran gas LPG dan menyebabkan letupan berlaku tetapi tiada korban jiwa dilaporkan dan kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa kini ditempatkan di rumah keluarga mereka.