Rumah hangus, dipercayai akibat pendawaian usang

Rumah hangus, dipercayai akibat pendawaian usang

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 10:42 pagi tadi di Simpang 1369, Kampung Batu Ampar.

Semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri sebelum anggota bomba tiba, namun pemilik rumah yang berusia 83 tahun mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Pangkalan Batu.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, sejurus tiba di tempat kejadian anggota bomba mendapati api besar telah membakar keseluruhan rumah kayu satu tingkat berkenaan.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada pendawaian yang telah usang (diserang anai-anai) dan kerugian dianggarkan bernilai lebih kurang $60,000, yang termasuk rumah serta harta benda.

ARTIKEL YANG SAMA