Rumah hangus ketika cuti

Rumah hangus ketika cuti

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Bahagian dapur dan bilik tidur sebuah rumah dua tingkat ranap di Kampung Lambak Kanan, dijilat api ketika penghuninya bercuti di luar negara, dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 5 pagi semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan menjelaskan, mereka menerima laporan daripada orang ramai pada jam 5:49 pagi dan mengerahkan dua buah jentera bomba bersama 10 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 21, Awang Metussin bin Abdul Hamid ke tempat kejadian.

Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapat api besar sudah pun membakar sebahagian rumah itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA