Rumah Hijau juara sukan SRR1

Rumah Hijau juara sukan SRR1

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Menjelang musim cuti persekolahan yang bermula pada awal Disember, pelbagai kegiatan akhir tahun telah dirancang bagi mengisi masa dan mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru serta kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Rimba I buat kali keduanya, baru-baru ini telah mengadakan Sukan Rumah-rumah SRR1 di kawasan sekolah berkenaan.

Acara dimulakan dengan kegiatan senaman Zumba beramai-ramai, diikuti dengan pelbagai aktiviti sukan seperti permainan kaki kayu, pancing botol, berjalan menggunakan tempurung, meniup belon hingga pecah, memasukkan air ke dalam botol dan acara cabutan hadiah bertuah.

10-sukan-1_22112016

Acara sukan yang dibahagikan kepada empat buah rumah iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru itu dihasratkan bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk beriadah secara sihat dan berdaya saing dalam pelbagai kegiatan sukan.

Acara sukan tersebut tahun ini telah dimenangi oleh Rumah Hijau, diikuti oleh Rumah Kuning di tempat kedua dan Rumah Merah di tempat ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA