Rumah jadi mangsa

Rumah jadi mangsa

BEIJING, 30 Ogos (Agensi) – Rumah seorang lelaki rosak teruk selepas dibedil serpihan roket yang meninggalkan lubang besar pada bumbungnya, baru-baru ini.

Dalam kejadian lewat Khamis itu, pemilik rumah yang tidak dikenal pasti terbabit bernasib baik kerana berada di halamannya ketika kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, tetapi mangsa mengakui dirinya terkejut melihat ‘benda asing’ berkenaan melekat pada lantai di tingkat bawah rumahnya selain meninggalkan lubang besar pada bumbung serta tingkat atas kediaman itu. Dia pada mulanya tidak tahu apa yang membedil rumahnya sehinggalah objek itu dikenal pasti polis yang menyiasat kejadian.

“Saya terdengar bunyi kuat dan melihat tingkap rumah bergegar sebelum tiba-tiba objek itu membolosi bumbung rumah,” katanya.

Kerajaan Pusat dan tempatan akan memastikan dia dibayar pampasan bagi kerosakan terhadap rumahnya itu. Roket Long March 4C dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan sejurus sebelum kejadian, namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada serpihan di rumah mangsa adalah daripada roket berkenaan.

Bagaimanapun, pakar di Akademi Sains China, Yu Menglun menafikan kemungkinan itu disebabkan China lazimnya melancarkan roket di kawasan yang tidak mempunyai ramai penduduk dengan jarak sehingga 70 kilometer.

ARTIKEL YANG SAMA