Rumah judi diserbu

Rumah judi diserbu

TUTONG, 12 Ogos – Daerah Polis Tutong dengan kerjasama anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah hari ini berjaya menahan enam lelaki tempatan dan warga asing dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Batang Mitus, Lamunin yang disyaki menjadi lokasi perjudian.

Semasa serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa barang bukti untuk membantu siasatan lanjut, kata Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman dalamsatu kenyataan di sini.

Mereka yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 6 (1), Penggal 28, Akta Rumah Judi Terbuka.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah dan jika mereka melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan hendaklah membuat laporan ke talian kecemasan 993 atau menghubungi balai-balai Polis yang berdekatan.

Anggota polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dan warga asing dalam serbuan ke atas sebuah rumah.
Anggota polis berjaya menahan enam lelaki tempatan dan warga asing dalam serbuan ke atas sebuah rumah.

ARTIKEL YANG SAMA